CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

Diari Muslimah


Firman Allah:


يا بني ادم أنذلنا قد أنذلن عليكم لباسا يواري سواتكم وريشا ولباس التقوي ذلك خير ذلك من آيات الله لعلكم يذكرون


Maksudnya: "Wahai anak-anak Adam!!Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatnya kepada hamba-hambanya) supaya mereka mengenangkannya(dan bersyukur) (Al-A'araf,7:26)


Islam telah menetapkan bahawa adanya bahagian yang tertentu yang menjadi aurat pada diri wanita yang perlu ditutupi. Ia adalah suatu hukum yang mudah menurut kacamata islam yang umum dalam kehidupan yang terdapat padanya perkara yang diharuskan dan perkara yang ditegah. Perspektif umum Islam menggesa agar kita menjauhkan diri daripada segala godaan yangmeransang shahwat. Matlamatnya ialah memuliakan manusia dan meninggikan sifat nalurinya, disamping menjadikan kuasa yang di tangan seseorang dipandu oleh matlamat syariat dan hukum hakam akal......agar manusia dinaungi dengan kemuliaan. Juga mengangkat darjat manusia daripada semata-mata menjadi seperti haiwan, sekadar makan dan memakai.


Aurat Wanita


Firman Allah:


وقل للمؤمنات يعضضن من ابصار هن ويحفضن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها وليضربن بخمر هن على جيوبهن ولا يبدين زينتهن إلا لبعو لتهن


Maksudnya: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka....(An-Nuur:31)


Wanita-wanita islam diperintahkan menutup dan mengulurkan penutup kepalanya sehingga dapat menutupi leher dan dadanya. Bahagian dada dan belahan dadanya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang dilakukan wanita-wanita jahiliah.


Suara Wanita pula mestilah dikawal supaya tidak menggoda .


Firman Allah:


فلا تخضعن بالقول قيطمع الذي في قلبه مرض


Maksudnya:"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) karana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ( menaruh tujuan buruk kepada kamu)"(Al-Ahzab:32)


Perhiasan Wanita yang boleh didedahkan:


Para ulama juga telah menyebut pendapat-pendapat yang masyhur dari sahabat dan tabi'in. Al- Qurtubi mengatakan bahawa :ibn 'Abbas, Al-Miswar bin Makhrimah dan Qatadah mengatakan perhiasan yang zahir ialah:


celak, gelang dan inai pada kadar setengah hasta serta subang dan cincin.


Di dalam kitab Fath Al-Qodir karangan Al-Imam Al-Shaukani. diriwayatkan daripada ibn Abbas:


Setengah betis atas dari kaki, itulah apa yang zahir.


Al-Imam Al-Alusi berkata:Apa yang disebutkan oleh imam Al-Zamakhsyari adalah dari pendapat yang mashur dalam mazhab Abu Hanifah, bahawa bahagian perhiasan yang zahir adalah merangkumi:


Wajah, dua tangan hingga ke pergelangan dan kaki sehingga ke buku lali adalah lebih berbanding kepayahan menutup dua kaki hingga ke buku lali adalah lebih berbanding kepayahan menutup dua tangan hingga ke pergelangan , terutama bagi kebanyakan wanita Arab yang fakir".


Budaya yang pincang sekarang:


Wanita berpakain ketat di hadapan mahramnya ( kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan di hadapan wanita lain . Masalah wanita berpakain ketat ini ditegaskan oleh Nabi S.AW:


Firman Allah:


سيكون في آخر أمتي رجال ينزلون على أبوات المسجد نساؤهم كاسيات عاريات على رءوسهم كأسنمة البخت العجاف العنوهن فا نهن ملعونات


Maksudnya: "Akan ada di akhir ummatku orang-orang yan yang naik di atas pelana seperti layaknya orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakain namun telanjang, di atas kepala mereka ada semacam punuk unta, laknatlah mereka kerana sesunguhnya meka itu terlaknat.( Hadis riwayat Ahmad. Al-Haitsami berkata: para periwayat Ahmad dinilai sahih).....


utup aurat yang harus ditutup . Mengenakan pakain yang tipis yang tidak menutupi kulitnya dari pandang
Sabda Nabi S.A.W "kasiyat 'riyat" telah ditafsirkan :


Berpakain dengan pakain pendek yang tidak menan di baliknya. pakaian ketat yang memang menutupi kulit dari pandangan namun tetap menampakkan lekuk dan bentuk kemolekan tubuh wanita.


Sabda Nabi S.A.W:


صنفان من اهل النار لم أراهما قوم معهم سياط كأدناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رءوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا


Maksudnya: "Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka, satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti seekor lembu , dengannya mereka memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakain tetapi bertelanjang, menggoda dan melenggok-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya boleh didapati dari jark perjalanan sekian dan sekian" (Riwayat Muslim)


Nabi S.A.W menyebutkan tentang dua fenomena : sadisme dan pornoaksi. Golongan pertama adalah kaum lelaki sedangkan golongan kedua adalah golongan wanita. Antara kedua-dua golongan yang belawanan jenis sidah tentu ada interaksi. Ini kerana di dalam suatu komoditi masyarakat yang banyak dijumpai wanita-wanita sebagai golongan kedua , pasti akan banyak berlaku perkosaan , kekerasan , sadisma, pergolakan dan penganiaan seperti yang dilakukan golongan pertama:


Golongan pertama menggunakan kekerasan sebagai senjatanya sedangkan golongan kedua sering berselindung di balik istilah moden, seni dan keindahan, untuk menipu manusia . Orang sering mengutuk perbuatan golongan pertama dengan kata-kata kejam, sadis dan buas, tetapi menyanjung golongan kedua dengan sebutan seperti artis, ratu kecantikan dan wanita moden


Oleh itu perlu diingatkan bahawa tidak mendedahkan diri kepada khalayak adalah lebih baik daripada berddeah dengan perhiasan seperti seperti orang yang jahil agama.


(Segala yang baiknya adalah datangnya dari Allah dan disandarkan ke atas diri saya yang lemah)- untukmu dan untukku jua-



0 comments: