CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 18, 2009

Harga sebuah ukhwah fillah



Wahai sahabatku :


Sekarang kita berada di alam pengajian. Sudah tentu semua mempunyai ramai kawan-kawan dan sahabat handai yang datang dari segenap rantau, untuk bersama-sama belajar dan untuk mencapai satu matlamat yang sama. Oleh itu, anggaplah mereka sebagai saudara dan keluarga kita, jangan sekali-kali kita menyakiti hati mereka atau tidak mempedulikannya. Apabila kita duduk di dalam kelas atau kuliah, janganlah kita menggangu mereka. Berilah jalan lalu jika mereka mahu lalu, dan jangan sekali-kali kita menghimpit tempat duduk atau rehat mereka, kerana perbuatan itu akan melahirkan rasa tidak senang dan mungkin membawa kepada hasad dengki sesama kawan.


Firman Allah SWT:


Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kamu supaya lapangkan majlis itu, maka hendaklah kamu lapangkan bagi kamu. Apabila dikatakan bangunlah kamu, maka hendaklah kamu bangun, nescaya Allah meniggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat, Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.


(surah al-mujadalah :Ayat 11)


Wahai sahabatku :


janganlah kita menyusahkan kawan-kawan kita, sekiranya kita berada bersama-sama mereka. Bangunlah pagi-pagi dan tunaikan solat subuh berjamaah bersama kawan- kawan kita di mana saja kita berada.


Jika sahabat-sahabat telah membantu kita tatkala kita dalam kesusahan janganlah pula kita lupa membantu tatkala sahabat kita dalam kesusahan. Bantulah dengan hati seikhlas dan sejujur mungkin dan bersungguh-sungguh.


Hadis mengajar kita supaya saling bantu membantu diantara satu sama lain. Persaudaraan hendaklah diasaskan kepada iman dan taqwa kepada Allah SWT.

0 comments: